SELAMAT BELAJAR
Kelab Rakan Muda Kota Raja mengucapkan selamat belajar kepada semua mahasiswa-mahasiswi baru yang bakal mendaftar pada minggu ini. Kami sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.
Kelab Rakan Muda Kota Raja mengucapkan selamat belajar kepada semua mahasiswa-mahasiswi baru yang bakal mendaftar pada minggu ini. Kami sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.
Salam 1Malaysia. Kelab Rakan Muda Kota Raja akan berada di Padang berhampiran Sekolah Rendah Jalan Kebun pada 29 Mei ini dari jam 9.00 pagi hingga petang bersempena dengan Program Juara Rakyat UMNO Bahagian Kota Raja. Kami akan membuka kaunter pendaftaran keahlian bagi mereka yang masih belum mendaftar dan berminat untuk menyertai aktiviti rakan muda. Anda boleh bertemu dengan Skuad Sukarelawan kami di sana.
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN TUANKU RAJA PERLISKelab RakanMuda Kota Raja dan Persatuan Belia Kota Raja telah menganjurkan Kursus Pengurusan Organisasi 2010 sebagai satu kursus tahunan yang berperanan sebagai sumber pengetahuan kepada ahli jawatankuasa dalam mengendalikan urusan pentadbiran organisasi. Objektif kursus ini ialah
1. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai aspek pengurusan mengikut Akta 668.
2. Memperoleh kemahiran-kemahiran mengenai kaedah pengurusan dan penyeliaan yang cekap dan berkesan.
3. Mengaitkan peranan jawatankuasa dan kepimpinan kepada peningkatan prestasi.
4. Meningkat kesedaran mengenai pengurusan organisasi yang lebih berkesan.
5. Memberi pengetahuan mengenai penyediaan kertas kerja dan pengurusan mesyuarat.
Kursus ini telah dijalankan pada 8 Mei 2010 bertempat di Dewan Pejabat UMNO Bahagian Kota Raja, Kota Kemuning dengan kehadiran seramai 15 orang yang terdiri daripada barisan jawatankuasa kelab. Selain itu, dijalankan juga mesyuarat agong KRM Kota Raja pada jam 1.00 Tengahari hingga 2.00 Petang.
Kembali ke ATAS